Harus pelihara anjing dengan bersebab

Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab “kucing itu tidak najis”.

Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.

Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:

i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.

ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath. (Bukhari dan Muslim)

iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.

iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.

Halimatun tundukkan singa

ADA seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak di istana Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepakarannya di bidang masakan. Halimatun menghabiskan separuh dari usianya bekerja sebagai tukang masak Yarmuz.

Raja Yarmuz seorang pemerintah yang membenci agama Islam kerana dia mahu seluruh rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan. Dia tidak mahu ada kuasa yang lebih berkuasa daripadanya.

“Beta akan menghukum sesiapa sahaja rakyat beta yang menganut agama Islam. Ingat hanya beta sahaja yang patut disembah sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada perintah beta akan dihukum mati,” titah Raja Yarmuz kepada rakyat negara Yarmuz.

“Saya pernah melihat ada lelaki dimasukkan dalam kandang binatang buas kerana ingkar perintah Raja Yarmuz,” kata seorang lelaki kepada kawannya yang turut mendengar titah Raja Yarmuz itu.

Halimatun yang pada ketika itu belum menganut apa-apa agama berasa takut dengan amaran Raja Yarmuz itu dan berjanji untuk tidak mengingkari raja yang zalim dan kejam itu.

Namun pada suatu hari, Halimatun mendapat petunjuk daripada Allah dan akhirnya memeluk Islam. Pada awalnya, ahli keluarganya takut mendengar Halimatun memeluk agama Islam.

Penjelasan dan keindahan agama Islam yang diperkatakan oleh Halimatun kepada keluarganya mencairkan tembok kejahilan yang ada pada diri keluarganya itu. Mereka akhirnya memeluk Islam dan menjalankan kewajipan sebagai orang Islam.

Kini sudah beberapa bulan berlalu sejak Halimatun dan ahli keluarganya memeluk Islam. Dia terus menjalankan tugas sebagai tukang masak istana seperti biasa tanpa mendedahkan rahsianya yang sudah memeluk Islam itu. Jauh di sudut hatinya, dia juga mahu melihat kawan-kawannya memeluk Islam.

“Pastikan semua orang menjalankan tugas mereka dengan baik dan teliti. Tempat memasak, bekas peralatan makanan dan hidangan makanan harus berada dalam keadaan bersih.

“Raja Yarmuz tidak suka kepada mereka yang malas dan benda-benda yang kotor,” arah ketua tukang masak kepada semua tukang masak yang kelam kabut dan riuh rendah mendengar berita mengenai lawatan mengejut Raja Yarmuz ke dapur istana.

Walaupun semua rakan Halimatun berdebar-debar menerima lawatan Raja Yarmuz tetapi Halimatun tenang sahaja menunggu ketibaan Raja Yarmuz itu.

Tidak lama kemudian, Raja Yarmuz tiba ke dapur istana dan gembira melihat pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja mereka dengan baik dan tekun.

“Halimatun tolong bawa bekas makanan ini untuk dihidang di meja besar bagi santapan Raja Yarmuz!,” perintah Ketua Tukang Masak.

Halimatun pun terus membawa sebuah bekas makanan menuju ke meja santapan Rajanya itu. Namun tiba-tiba wanita ini terlanggar sesuatu menyebabkan bekas makanan yang dipegangnya terlepas dari tangan Halimatun dan terjatuh ke lantai.

“Allah!” Halimatun menyebut nama Allah tanpa beliau sedari terlepas daripada mulutnya.

“Apa?” kata Raja Yarmuz dalam nada suara yang tinggi dan keras apabila mendengar Halimatun menyebut kalimah Allah itu.

Tenang

“Kamu menyebut nama Tuhan orang Islam. Maka adakah ini bermakna kamu juga sudah memeluk agama Islam,” tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun.

Halimatun serba salah untuk menjawab dan Raja Yarmuz yang dapat melihat keadaan Halimatun yang mencurigakan itu.

Apabila didesak beberapa kali, Halimatun akhirnya mengaku sudah memeluk Islam.

“Patik sekarang menyembah Allah. Tuhan semesta alam,” ucap Halimatun dengan yakin.

“Beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebenarnya tuhan kamu.

“Sekiranya kamu ingkar perintah beta, kamu akan dijatuhi hukuman berat,” ugut Raja Yarmuz yang begitu murka mendengar pengakuan Halimatun itu.

“Patik sama sekali tidak akan tunduk pada perintah tuanku. Patik sanggup menerima hukuman tuanku!,” kata Halimatun yang enggan menurut perintah Raja Yarmuz walaupun tahu hukuman berat menantinya.

“Pengawal! Kamu tangkap wanita ini dan humbankan dia ke dalam kandang singa. Biar dia menjadi makanan singa-singa yang kelaparan itu,” perintah Raja Yarmuz itu tentu sahaja turut mengejutkan kawan-kawan Halimatun yang lain.

Halimatun hanya kelihatan tenang sahaja apabila pengawal istana menangkapnya. Perintah Raja Yarmuz dilaksanakan dengan segera. Halimatun dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kandang singa sebelum singa-singa peliharaan Raja Yarmuz dilepaskan ke dalam kandang.

Singa-singa yang masuk ke dalam kandang itu kelihatan begitu garang dan tidak menunggu kecuali mahu menerkam dan menyiat-nyiat Halimatun yang hanya mampu berdiri di sudut kandang.

Halimatun sebenarnya ketakutan namun beliau teringat kepada Allah Yang Maha Mengasihani makhluk-makhlukNYA yang dizalimi.

“Ya Allah! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa berikanlah perlindungan mu ke atas diriku ini,” doa Halimatun dengan penuh takwa.

Singa-singa itu tentu sahaja dapat menghidu bau manusia lalu tanpa menunggu barang sesaat haiwan ganas itu hendak mematahkan tengkuk Halimatun yang masih menggeletar ketakutan namun mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah.

Ditakdirkan, haiwan yang asalnya begitu garang, rakus dan begitu ganas secara tiba-tiba tunduk terhadap Halimatun. Haiwan itu seolah-olah memberi penghormatan kepada wanita ini dengan izin Allah. Halimatun terus menadahkan tangan tanda bersyukur kepada Allah kerana melindunginya dari menjadi mangsa haiwan liar itu.

Kejadian itu cukup menghairankan Raja Yarmuz.

“Mengapa singa-singa beta tidak membaham dan mengoyak tubuh wanita tua itu? Apa yang sudah berlaku? Lebih menghairankan mengapa singa-singa itu kemudiannya tunduk dan hormat pada Halimatun?,” kata Raja Yarmuz.

“Mungkin dia mendapat pertolongan dari Tuhannya,” sambung Raja Yarmuz kepada pembesarnya.

“Mungkin juga Tuanku!,” mereka yang lain setuju dengan pendapat Raja Yarmuz itu.

“Halimatun harus dikeluarkan dari negara ini. Sekiranya orang ramai tahu tentang kehebatan Halimatun menundukkan singa-singa beta, mungkin ramai akan memeluk Islam,” kata Raja Yarmuz.

“Ini merupakan ancaman kepada tuanku!,” sahut salah seorang pembesar kepada Raja Yarmuz yang masih bingung memikirkan mengenai Halimatun.

Akhirnya Halimatun dihalau keluar dari negeri itu tanpa belas kasihan oleh Raja Yarmuz.

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”. Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Quran : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : “Adakah kamu Al- Quran?” Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran.”

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1.    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.  
 
2.    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  
3.    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
 
4.    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
 
5.    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
 

Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
 

1.    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2.    Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.


3.    Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.


4.    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

 

 

5.    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6.    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7.    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.”

Petua Untuk Suami Isteri

Berikut adalah petua orang tua-tua untuk kebahagian suami isteri. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat faedahnya :

1. Jangan kencing di dalam air. Contohnya ketika mandi di dalam sungai, kolam atau yang bersamaan maksud dengannya.

2. Jangan terus basuh atau mengenakan air pada alat kemaluan anda iaitu selepas melakukan seks . Biarkan setengah jam untuk mendapatkan hasil yang baik.

3. Jangan lakukan seks di dalam bilik berhawa dingin.

4. Jangan makan bersulam air (makan dan minum serentak). Biarkan ½ jam selepas makan barulah air diambil.

5. Jangan gunakan sebarang ubat kebas (tahan lama).

6. Tidak digalakkan kemaluan anda dihisap oleh pasangan anda kerana boleh menyebabkan urat nadi prostate tidak berfungsi dengan baik. Prostate sebenarnya adalah alat bagi memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. (Sekiranya pantang-larang ini tidak diikuti, darah anda akan menjadi sejuk).

7. Tidak digalakkan mengambil makanan-makanan sejuk. Selalukan mengambil makanan panas (hot) dan segar (fresh). Ais tak elok di minum selalu.

8. Amalkan selalu kencing pada tempat yang keras seperti batu, simen atau kayu atau yang bersamaan maksud dengannya.

9. Selepas bersetubuh, pastikan anda mengurut semula dari arah pangkal ke depan atau ke kepala kemaluan sekurang-kurangnya 2-3
kali urutan.

TEKNIK CUMBUAN

Cumbu Rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semuanya mudah untuk dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah mencumbui isteri sehingga isteri benar2 bersedia untuk melakukannya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.